Majalahceo.com_Arca Amoghapasa, hadiah dari Bhumi Jawa untuk Bhumi Malayu..
Arca ini merupakan hadiah dari Raja Singhasari kepada Raja Dharmasraya di Sumatera. Ditemukan pada tahun 1911, di hulu sungai Batanghari, kompleks percandian Padangronco, nagari Siguntur, kecamatan Sitiung, kabupaten Dharmasraya, Sumatera Barat.
°
Arca ini adalah batu paduka Amoghapasa sebagai salah satu perwujudan Lokeswara sebagaimana yang disebut pada prasasti Padang Roco, yang terletak pada bahagian alas arca ini.
°
Arca ini adalah hadiah daripada Kartanagara raja Singhasari kepada Tribhuwanaraja raja Melayu di Dharmasraya pada tahun 1208 Saka atau 1286 Masihi. °
Pada bahagian belakang arca terdapat tulisan yang dipahat dengan parasasti Amoghapasa bertarikh 1346 Masihi. Adityawarman menambah pahatan aksara pada bahagian belakang patung tersebut untuk menyatakan bahawa patung ini melambangkan dirinya. Arca ini sekarang disimpan di Muzium Nasional Indonesia di Jakarta.(AG)
°